Thursday, July 3, 2014

Ayam Percik Kelantan

 Ayam Percik ni bukan lah menu berbuka puasa mahupun menu bersahur tp Ayam Percik ni menu sebelum bulan Ramadhan lagi baru lieza teringat nak share sini. Resepi ni Lieza ambil dari dapur yg sama dgn resepi Nasi Goreng Ikan Masin tu..iaitu Dari Dapur 
Sebelum ni Lieza pernah juga buat ayam percik tp menggunakan resepi lain klik SINI yer..bagi Lieza kedua2 resepi ni ada keistimewaannya tersendiri yg tak dpt Lieza nyatakan bezanya...cumanya bagi Lieza kedua duanya mempunyai rasa yg sedappppp dan memenuhi citarasa Lieza sekeluarga...terpulang pada kawan2 yer..nak cuba yg mana satu...
Sebelum terlupa..Lieza panggang ayam ni dgn menggunakan Pemanggang ajaib jer...cepat jer masa memanggangnya. 


Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



2 comments:

tun_telani said...

sedapnyer ayam percik.. tp menu ayam percik ni queue dia last2 puasa nnti, sbb tunggu adik2 blk puasa kat umah. adik tun dah request nk mkn ayam percik. tp kt umah ni, tun tukang tolong sikit2 je, mama yg biasa masak. mama masak lg sedap kan. hihi

MamaFaMi said...

Huhu, sedapnya...