Monday, May 24, 2010

Ikan Kembung Pindang

Wah lama tak letak menu harian...kekadang ada masa nak snap gambo kekadang makcik lupooooo.. dan kekadang tu tak sempat terus ngap joooo..ari ni masak pindang ikan kembong jer...sempoi2 jer...lawan tempe n sambal kicap..slalunya masak menu ulangan...ikan pindang ni kalau guna ikan kerisi lagi besh...uishhh....menyelerakan..tak hengat dunia kalau mkn..

Bahan2
  • 4 ekor Ikan Kembong/Ikan Kerisi/Ikan selayang
  • 1 in Kunyit hidup - blend
  • 2 btg serai - diketuk
  • 5 Biji Bawang merah - blend
  • 1 biji bawang besar - blend
  • 1 biji bawang putih- blend
  • sedikit halia - diblend
  • Cili api - nak blend sekali pun bole nak letak sebiji2 jer pun boleh
  • pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan air
cara2
  • Masukkan bahan2 yg diblend bersama 2 cawan air, serai, asam jawa dan perasakan dgn garam gula biar kan mendidih.
  • Masukkan bendi hingga lembut kemudian masukkan ikan.
  • akhir sekali letak ler tomato kalu nak letak yer.

No comments: