Monday, May 24, 2010

Lontong

Weekend ari tu sempat ler buat lontong...laki bini dok tingin nak makan...apa lagi..pepagi buta dah rebus ketupat nasi...huahuahua...resepi ni sumber dari internet masa zaman2 aku bekerja dulu..kalau tak silap ni hasil skodeng2 kat dapur Kak Hanieliza masa tahun2 terakhir aku nak benti kerja tahun 2004...dah banyak kali buat lontong guna resepi ni..mmg besh...5 star utk resepi ni...

Kalau ada sesapa nak buat aku tepek kan resepinya kat sini...resepi nih mmg sedap aku tak tipu punya...hahaha Kak Hanieliza dgn itu saya nak CNP resepi ni kat dapur saya yer...

LONTONG atau KUAH LODEH


Bahan sayuran
  • 1/2 biji kobis [potong kecil]
  • 5 batang kacang panjang [potong pendek]
  • 2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
  • 3 biji kentang [potong kecil] - tak letak pun
  • 1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
  • Tahu [gorengkan dan potong dadu]
  • Tempe [potong kecil dan gorengkan]
  • sengkuang [potong pendek dan kecil] - tak letak juga
  • cili merah [hiriskan]
  • bawang besar [mayangkan]
  • suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
  • 5 biji cili merah + ciliapi sikit - yg ni aku guna cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

bahan lain
  • 1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
  • 250 gm udang basah
  • minyak [tumis]
  • garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.



No comments: