Sunday, June 16, 2013

Apam Beras

Sudah sekian lama tak buat apam.....disebabkan Muaz suka Apam jadi Lieza buat la biar Muaz makan dgn puasnya....mmg puas sungguh dia makan...sekali hadap 4 ketoi dia makan ni belum lagi sambil main sambil makan....tapi kalau kakak2nya tak brapa nak layan jadi Lieza dgn Muaz jer lah yg berebut makan....hmmm sedappppp wooooo .
Utk resepi ni Lieza buat separuh adunan jer dan hasilnya dpt ler 37 biji guna acuan lompang.

Sumber resepi dari Cha MyR

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi- 1cawan
  • 2 cwn tepung gandum- 1 cawan
  • 2 cwn tepung beras - 1 cawan
  • 1 cwn brown sugar- 1/2 cawan
  • 3/4 cwn gula - 1/2 cawan
  • 2 1/2 cwn air - 2 cawan
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)- kekal 1 sudu kecil
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

No comments: