Sunday, June 5, 2011

Puding Roti Karamel

Alhamdulillah hari ni lieza sempat ler buat puding ni...waduhhhhhh sedap bebenorrrr tak tau nak kabo bagaimana kesedapannya...dari lieza ni kurang minat makan puding puding nih tetiba sedap jer bila lalu kat dlm anak tekak nih...begitu juga ler Mr. Hubby pun kurang gemar puding2 ni tp bila makan jer puding ni...Mr. Hubby kata sedap...itu petanda baik tu...

Alkisahnya si puding nih...dah ramai yg mencubanya...tp tak tgk betul2 bahan2 nya..lepas tu yg terkini lieza tgk kat dapur K.Nor Secubitgaram ada ler buat puding nih...ehhhh sekali tgk senang jer bahan nya..mmg dah ada pun kat umah tak yah nak p beli lagi...apa lagi gerak pantas ler buat...bahan2 yg senang dan cara buat yg cepat dan mudah...tp kan mmg sedap ler puding nih..lembut mungkin sbb letak roti kot..hmm tak yah ler cite byk lagi jom tgk resepi yer...lieza minta izin copy yer k.nor...terima kasih ler k.nor buat lieza teruja nak cuba..hasilnya mmg sedap....

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
Copy dari Dapur K.Nor

Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) - Lieza letak air suam jer
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan - lieza letak 1/2 cawan juga
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je(lieza kukus 40 minit jer)

### rasa manis puding nih sedang elok jer dgn 1/2 cawan susu pekat.

2 comments:

rafidah rooshdi said...

kak liza, kenapakah semakin hari semakin mengancam post entry akak ni... huhu... terliur tgk puding ni... roti plak xde... esok la try... hihih...

Anonymous said...

salam, akak guna bekas apa ye nampak comel dan cantik je bentuk die, geram pulak tgok.