Tuesday, November 9, 2010

Udang Galah Masak Sos


Weekend hari tu Mr. Hubby beli udang galah nih...lama tak beli...ada ler 6 ekor sekilo..sekilo RM45 hengget...ok ker harga tu...tak biasa sgt beli so tak tau harga yg sepatutnya...tp bole ler sekali sekala..sbb Mr. Hubby dan bini dia pun kurang berminat sgt..lebih gemar udang yg kicik2 tu..

Tp menu ni menu semalam...baru hari ni ada mood nak post kan...kali ni Lieza buat masak sos..hasil skodeng2 kat dapur CMG seorang jejaka yg pandai masak memasak nih....tabik spring ler kat beliau nih...nak tgk resepi asal klik SINI dapur CMG yer..dan lieza copypes resepi dari dapur beliau juga...maleh sungguh nak taip semula.

Bahan-Bahannya:-
600 g udang galah (kalau pancing dpt banyak, boleh boh lebih) - Lieza masak 3 ekor jer
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang leek, dibersihkan dan kerat2
2 biji bawang besar, potong bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, potong serong
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
1 biji tomato, belah 6 - lieza tak letak pun
Hirisan daun bawang (hiasan)

Cara membuatnya:-
  1. Udang dikerat muncung dan buang kotoran di kepalanya, cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang 2 minit, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek, guna api sederhana. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, tuang 1/2 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan udang dan cili merah, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan jika suka, tambah sedikit gula. Masak hingga pekat dan masukkan tomato, gaul rata dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.....
Rupa udang galah yg belum dimasak

No comments: