Thursday, February 19, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes


Meh kita layan pula kuih ni...kek ni aku buat sbb dok teruja dgn kesenangannya dan kecepatan utk mengadunnya...mmg senang tau..pas tu sedap lak tu..tp satu je kena rajin ler nak dok melapis tu yer tp tak lama pun masa yg diambil utk mengukus bagi setiap satu lapisan tu cuma 5 minit jer..setiap lapisan aku guna senduk bulat utk ceduk lauk tuh...haaa apalagi acu try uij test ler yer...sumber dari MResepi Kak fida..jom tgk resepinya yg aku CP dari My Resepi.

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
    secukup hawflakes (aku guna yg bentuk 4 segi..yg bulat pun ok)


Cara-cara :

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.


p/s

"untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk."

Wednesday, February 18, 2009

Celcom Broadband

Lama aku tak update blog ni..bukan bz giler or malas tp aku tak tau ler apa masalahnya dgn celcom broadband sometime ok but sometime tak ok..tension juga aku..nak kata ujan tak der ujan sgt dah kat sini panas jer skrg ni..pelik aku..at last aku biar kan jer ler dulu nanti sume dah ok aku akan letak ler entry bergambo yer..

Friday, February 13, 2009

Donat Gebusssss

Yang ni dah salut gula

Gambar yg ni tak salut gula lagi...kalau suke bole letak topping coklat masakan


Haaaa....baru aku dapat upload gambo.. smlm tak tau ler apa ke halnya tak leh nak upload..tu yg tak teraupdate tu..

Hmm..ok ni resepi donat aku cilok kat MR sedap kalau ikut resepi nih..donat akan jadi gebu dan lembut..aku buat separuh adunan dari resepi ni dpt ler dlm 10 biji cam dlm gambar tu...kalau sesapa nak buat separuh, marjerin tu aku letak 2 sudu besar n telur maintain jer sebiji..n shortening tu letak je satu sudu besar juga dan yis pula 2 sudu kecil jer..yg lain aku guna separuh termasuk gula n susu n air pula 90ml jer aku guna...meh layan resepi kat bawah ni...

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera(jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Bji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, February 10, 2009

Water Heater lagi

Hari tu Mr. Hubby kata nak pasang juga water heater kat toilet master bedroom so satu malam tu pegi ler Kuching pegi kedai letrik n jumpa ler model yg Mr. Hubby dok slalu usha kat website berkenan tul die dgn model ni.
Model ni ada jet pump, model baru... harganya RM560 tp dpt diskaun jadi RM530 nampak slim jer model ni, mmg berbaloi ler kalau sesapa nak pasang sbb bila ada jet pump ni air akan laju lagi kluarnya dan yg paling penting motornya bunyi tak kuat sbb model ni jenis low noise.
Walau apa pun bagi aku kalau pasang water heater ni tidak ler sehebat mana atau pun nak dibangga2kan, coz walaupun bukan keperluan yg dikategorikan dlm "Basic Need" tp ia adalah keperluan sampingan yg perlu juga ada utk anak2 expeciallynya kalau dorang dah skolah nanti., dan apatah lagi perlu juga utk kita org ni yg umur pun dah semakin meningkat kiranya dah tua ler ni kan.

Thursday, February 5, 2009

Mee Bandung



Hari ni menu Mee Bandung...jemu mkn nasi makan mee lak...tp sempoi je mee bandung ku ini..nak cuba??? tgk ler resepi...kalau tak nak cuba jamu mata jer la yer...- sumber hanieliza tp dah ubah sikit ikut citarasa sendiri dan kesenangan aku..cuma sikit jer ubah bawang tu aku guna bawang besor.
Bahan-bahan
  • Sebungkus mee kuning
  • 2 biji bawang besar/6 biji bawang kecil
  • 1 Biji bawang putih nak letak lebih pun ok
  • 5 s/b sos cili
  • 3 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b udang kering
  • 20 biji cili kering (ikut tahap kepedasan)
  • 15 ekor udang basah
  • Daging or Ayam (ikut suka nak letak byk mana)
  • Sotong
  • Sawi
  • Tahu di goreng n dihiris
  • Daun sup n bawang
  • 1 kiub pati ayam/1 s/b serbuk pati ayam tumix
  • Air secukupnya
  • Telur

Cara2:

  • Blendkan bawang, bawang putih, cili kering dan udang kering
  • Tumis kan bahan yg diblend tadi sehingga naik bau.
  • Masukkan air lebih kurang 1 litre atau lebih (ikut selera masing2)
  • Masukkan kiub ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram
  • Biar sampai mendidih n masuk kan serbuk perisa n garam
  • Masukkan udang sotong daging biarkan sebentar
  • Masukkan sawi yg telah di potong2
  • Pecah kan sebiji telur dan kacau dgn cepat (tak letak pun tak per)
  • Last sekali bole ler masuk telur lagi beberapa biji dan biarkan.(ikut brape org yg makan)
  • Bole ler dihidang bersama daun bawang n sup, tauhu goreng n bawang goreng
p/s jika guna kan serbuk ayam tumix..mesti dirasa dahulu kemasinan nya baru di letak garam sbb tumix ni dah masin...oraittt....

Wednesday, February 4, 2009

Roti John Goreng

Ada kelainan sikit resepi nih...bole buat breakfast or minum petang..-sumber che'iza myresepi.


Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 6 buku roti hotdog

* INTI *

  • 150 gm daging cincang
  • 150 gm kentang di potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar di potong dadu
  • 2 biji bawang puting cincang halus
  • 1 sk serbuk cili
  • 2 sb serbuk kari
  • daun sup cincang halus, sedikit garam n gula

* BATTER *

  • 100 gm tepung gandum
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 sk baking powder
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 180 ml air
  • 1 sb serbuk ketumbar jintan (optional)
  • sedikit lada sulah n garam


Cara-cara

  • Untuk inti: tumis bwg besar n bwg putih hingga kekuningan. Masukkan serbuk cili n serbuk kari, tumis garing. Masukkan daging cincang dan kentang. Kacau rata biar masak kering. Bila siap letak daun sup dan kacau... (mcm buat inti biasa)
    Untuk batter: Campur semua bahan, kacau hingga sebati n ketepikan...
    Potong roti kat tgh2 (mcm nak buat hotdog). Sumbat inti kat dlm roti. Celup roti dlm bancuhan batter n goreng.. Pastikan semua roti tersalut dgn bancuhan batter. Goreng dlm minyak panas cara deep fry.
    Siap boleh dihidang dgn sos n mayonis.....

My Chewy Gooey Yummy Brownies


Ni lak Brownies..terasa chocolatenya sesuai utk penggemar2 coklat tu....aku dah cuba 2 kali isinya padat sikit dari kek biasa..walauapapun 5 stars aku bagi kat empunya resepi nih..
silakan cuba...sumber - FP Maklang dari resepi asal Kak Mas.

My Chewy Gooey Yummy Brownies

  • 250g butter - potong kecik
  • 400g chocolate - potong kecik
  • 6 eggs
  • 340g brown sugar
  • 2tsp esen vanilla
  • 20g chocolate emulco
  • 80g tepung gandum
  • 60g cocoa powder
  • 140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan dlm 10 minit(saya guna almond cincang)

cara-cara:

  • 1. Panaskan oven suhu 150C. Sediakan dan alas tray 12X12. (saya guna loyang bulat jer)
  • 2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
  • 3. Masukkan telur, gula, esen dan choc emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
  • 4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
  • 5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
  • 6. Tuang dalam tray dan bakar 150C/-1jam (bergantung pd oven).
  • 7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
  • 8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad

Kuah Yong Tau Foo

Gambar yg atas ni dah dicampur..heheh comot sikit..dah termakan baru tingat nak snap.
Biasanya kan kalau kita pegi pasar malam...kalau beli yong tau foo..amik sikit2 lelama jadi byk tul tak...sume nak rasa..pas tu bila nak bayar..haaa amik ko kalau tak lebih RM 10 tak sah tul tak..so ari saje ler aku cuba resepi kuah ni...ok sangat pas ni tak yah ler aku beli lagi..rasa nak makan aku buat jer..beli kangkung, bebola ayam, udang or ikan, crab stick, telur puyuh dan seangkatanya ler..haaa puas mkn..meh ler layan resepinya. - Sumber Minami133 myresepi.


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering (saya tambah lagi sbb suke pedas)
  • gula melaka (agak2 jer dlm separuh gitu)
  • bijan goreng (saya goreng tanpa minyak)
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.


Karipap Doh simple

Bagi yg suke mkn kuih tradisional nih kan,.. ni lak aku share ler resepi doh karipap yg sempoi..yg beshnya kulitnya tu tetap rapuh walau dah sehari semalaman...resepi inti tu biasa ler kan sume org tau buat ye tak..sebenarnya sume org tau buat karipap ye tak..tp saje ler try resepi doh ni..bila dah acu try sedap lak..crispy lagi tu.. - Sumber dari Joaye Myresepi.

Bahan-bahan ( 20 -25 biji )
  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak-panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara :
masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai. masukkan air. uli sampai rata sebati. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. bila dah siap. tutup dgn plastik tak nak kasi kering. menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim. goreng dengan api perlahan.

Moist Chocolate Cake



Ni nak share ler resepi kek coklat yg paling senang nak di buat kedua2nya nih lain resepi tapi rasa lebih kurang jer..mmg moist..2 resepi ni mmg senang dan sedap..tak caya cuba buat yer..resepi ni sumber dari internet ...mmg sedap.
Resepi 1
Kek Coklat kukus Zaima
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  • ½ cawan susu manis
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam . Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Sumber Kak nor Myresepi
Utk choc ganache/topping
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara cara :-
Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Resepi 2
Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)
Bahan-bahan:-
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur (Gred A)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
  • 1 cwn air panas

Cara-cara:-

ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.


Jemput pisang

Resepi ni mmg sedap dlm nya mcm kek pisang..dah byk kali aku buat....kekadang guna pisang emas...mmg best..sumber dari meow myresepi...apalagi buat ler yer....

Bahan- bahan:
  • 5-6 biji pisang berangan pisang lain pun boleh
  • 1/2 cawan gula(kalau nak manis tambahlah gula lagi :) )
  • 1 cawan tepung - bergantung atas besarnya pisang..(agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
  • 1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara
satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
Selamat mencuba... :)

Water Heater

Meh layannnn...last weekend pegi jejalan kedai letrik sbb Mr. Hubby kata nak cari benda alah ni ler...skrg ni kan asik ujan hari2...sejuk wooo air...pas tu Mr. Hubby kata tak yah ler nak masak air lagi utk bebudak nih mandi...apalagi aku rasa good idea juga tuh...so ari tu survey ler dulu konon...then we saw this model...apalagi terus je ler beli...Panasonic RM460..bole ler..tp kalau kat KL mungkin ler murah sikit kot..so semalam baru siap pasang..upah pasang termasuk wiring RM190...reasonable ke idak price nya aku tak sure...janji ok dan puas hati..so skrg bebudak nih mandi ler shower yg kuar air panas nih...hehehhe tak perlu aku dok masak air panas ari2....memandanag skrg ni musim ujan dari last week lagi ujan..skrg ni pun masih ujan juga aku pun dok numpang sama ler mandi kat bilik air dorang nih.....ngada2 tul..pas tu Mr. Hubby plan lak nak pasang satu lagi kat our toilet..hehehe..tp kan aku kata hold ler dulu..kang asik nak mandi air panas jer...apa pun wait n see je lah..kalau Mr. Hubby nak pasang juga..up to him ler..aku pun suke juga...idak ler aku menggelupur mandi dek sejuk...kan..kan.

Monday, February 2, 2009

Bercucuk Tanam

Pokok cili api n cili bulat tu.

Pokok Limau n pokok kari

Kedai pasu kat jln Serian, segala jenis pasu ada

Hari Sabtu baru ni we all pegi ler kedai pasu kat jln nak p serian tu....kononnya nak tanam pokok kan...beli dlm 2 pasu n 3 kampit tanah yg siap berbaja tahi ayam then misi setrerusnya ke satok beli pokok cili(ni kes maleh nak semai) 2 pokok gitu..satu cili biasa then satu lagi cili bulat2 tu, cili apa pun aku tau...janji org tu kata pedas..kalau tak pedas tak mau...pas tu jejalan kedai lain nampak ler pula pokok kari..beli ler juga, RM6 tp dpt ler RM5 jer...pokok cili td tu RM12 satu tu....pas tu g cari lak pokok liamu kasturi..yes dah jumpa dah..cukup ler mision we all kat satok last saturday tu cari pokok....tp kan nampaknya beli pokok dah terlebih tp pasu beli 2 jer tadi...camni ler pas tu Ahadnya pula..pegi la lagi beli pasu yg besor sikit sbb nak tanam pokok limau n pokok kari...pasu yg warna hijau tu..yg besor tu RM18 n yg kecik sikit tu RM12 jer..ok la tu reasonable la juga...tu pun masa bayar tauke bagi lg diskaun..bole ler...then Mr Hubby pun sibuk ler dok tanam pepokok tu sume, aku tukang tgk jer ler...nanti si Eryna pun sibuk nak tanam pokok...Mr. Hubby tanam pokok sambil disirami air hujan...hehhehe..mmg semalam ujan tak henti2 pas tu sambung lak pagi td ujan lebat giler...tgh hari sikit baru ler nampak matahari tu pun kejap jer...skrg dok mendung semula nak ujan..

Nasi Dagang


Taraaaaaaa.....ni menu lunch semalam Ahad ler...aku masak nasi dagang, gulai ikan tongkol n acar timun carrot mentah....sedap tak nampak...mmg sedap..Mr. Hubby kata sedapppp...perasan ler pulokkkk...sebenarnya lama dah tak buat..so smlm mcm dah jemu mkn nasi...so masak ler nasi dagang nih...ok jer buatnya tak ler susah sgt...resepi ni dari resepi mak den ler..almaklum ler dulu mak pun rajin gak buat sbb abah den ni org ganu...abah mmg ler suka stail2 makanan dari sana kan...so apalagi aku pun calling2 ler mak camner nak buat..ari tu dah buat tp lupa, lama sgt dah aku buat last year bulan May gitu....sbb bahan2 pun sume dah ada aku pun start ler buat...jadi ler seperti dlm gambo tu..yg melimpah ruah dgn cili api tu....berasap tinga....selamat ler jamu mata yer...nanti ler aku taip resepinya....

Laksa Sarawak


Ni Laksa Sarawak..breakfast yg tunjuk2 n bayar...maknanya makan kat kedai ler tu....masa nih breakfast kat J & J Cafe...dekat jer seberang jalan ngan umah aku...kat sini laksanya mmg sedap berbanding dgn tempat lain yg pernah aku pegi...yg tak pernah pegi tu tak tau ler kan..mungkin ada yg lebih sedap dari yg kat J&J ni...so far mmg waalllllahhh...