Friday, April 4, 2014

Sayur Midin Goreng Belacan


Midin Goreng Belacan la pulak yer....jemu dgn sayur2 kobis, kacang panjang, sawi, buncis, taugeh dan lagi lagi laahhh....sesekali masak midin la pulak...kat sini mmg org panggil midin... ni spesis pucuk paku la kisahnya....


Ni la rupa sayur midin yg dijual dipasar pasar

Resepi Midin Goreng Belacan
Sumber : Ha Sue

Bahan2:
  • 1 ikat sayur midin segar-ambil daun dan pucuk hujungnya sahaja
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1-2 tangkai cili merah* >kalau nak tambah cili padi ikut selera ya
  • 3 sudu makan udang kering*
  • 1 sudu makan belacan*
  • Garam dan perasa
Cara:
  1. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Panaskan miyak dan tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan garam dan perasa
  4. Masukkan sayur midin dan kacau goreng sehingga masak
  5. Sebatikan rasa dan padamkan api

No comments: