Puding Tauhu?? Mesti org ingat buat guna tauhu kan...haaaa...
sebenarnya bukan ler guna tauhu puding nih tapi bila dah siap kejadiannya yg lembut tu mmg mcm tauhu..tak caya? korang cuba ler buat mmg sedap...lebih2 lagi ketika sejuk2...perghhhhh...
Lieza buat puding ni utk makan bersama sama di jamuan hari raya di Tadika Eryna hari tu.
Resepi ni di kongsi oleh Kak Nor Secubitgaram dan lieza nak tepek juga kat sini utk rujukan kemudian hari.
terima kasih Kak Nor...mmg best puding ni..setelah sekian lama baru nak buat....
PUDING TAUHU
resipi original: K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan
utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.
Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.
Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.
* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

1 comment:
Salam kak lieza cayang.. lama x mengadate, sekali update, bertubi2 entry dia. hihi...
ni menu trademark mama tun nih. cuma mama tun guna agar2 tali dan letak fruit cocktail kat atas. mmg kalau ada org dtg ni laa dessert yg mula2 dia buat. hihi
Post a Comment