RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
Copy dari Dapur K.Nor
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) - Lieza letak air suam jer
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan - lieza letak 1/2 cawan juga
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je(lieza kukus 40 minit jer)
### rasa manis puding nih sedang elok jer dgn 1/2 cawan susu pekat.
2 comments:
kak liza, kenapakah semakin hari semakin mengancam post entry akak ni... huhu... terliur tgk puding ni... roti plak xde... esok la try... hihih...
salam, akak guna bekas apa ye nampak comel dan cantik je bentuk die, geram pulak tgok.
Post a Comment