Hari ni membaking Blended Orange Cake yg cukup dikenali ramai ni...dah ramai teman2 blogger mencubanya...tp lieza baru terhegeh hegeh nak buat...pestime lieza tgk post ni kat MyR dari Kak Fida tgk cam menarik jer tau..sbb cara2 dan bahan2nya amat mudah sekali tapi tangguh ler dulu...selepas tu lieza tgk sekelip mata kau berubah laporan masakannya mencecah 80 org yg telah mencubanya...tu tak termasuk bloggers lagi...rata2 mengatakan kek ni mmg sedap...tak caya??? klik SINI
Tak caya juga??? haaaa buat sendiri.....tak dinafikan bila lieza buat hasilnya mmg sedapppp...
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
- 1 bji buah limau
- 1 cawan minyak
- 2 cawan gula halus
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
- Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
# Pada sesiapa yg tak suka manis tu boleh lah kurangkan sukatan gula yer..sbb kek ni agak manis juga.
1 comment:
kak lieza... tun wat jd pahit.. muahhaha~~
Post a Comment