Seawal pagi makcik dah redah hutan mencari serai dan daun pandan...alhamdulillah...dapat pun...hehehehhe...cam payah benor jer bunyi nya yer...sebenarnya ada jer kat blakang umah tu...tapi makcik nih agak ngeri2 manja kalau nak redah2 serai tu...bukannya apa risau ada haiwan2 yg bersantai kat daun2 limau purut...mana lah tau tetiba kang tercongok kat btg pokok limau purut tu...eeeeeee tak ke haru nak harung.....geli geleman woooooooo...semalam lupa nak minta tolong Mr. Hubby ambikkan(mengada sungguh bini die ni kan) hmmmmmm....payah sungguh kan kalau dah geli geleman nih...
Huuuuhhh...panjang pula berleter kali ni....bak kata K.Nor JOM BALIK KE PANGKAL JALAN...hehehehhe...ayat yg mahal ni K.Nor..resepi Nasi Serai ni Lieza cedok dari dapur K.Nor Secubit Garam bole klik jer kat situ kalau nak tgk hidangan yg sentiasa memberansangkan dari K.Nor tu yer...K.Nor ijinkan daku menyalin semula resepinya yer....

NASI SERAI
K.Nor Style
2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
PETUA K.NOR* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

2 comments:
amboi.. bukan resipi jer amik ya, dgn ayat akak pun angkut sekali! hehe.. sedap tak nasi tu?
hahahahha....K.nor setiap kali lieza baca N3 yg ada ayat tu...mesti gelak sorang2...tak sangka ayat gini buleh guna dlm dunia masakan...biasa dgr dlm syarahan agama jer...heheheh...tp k.nor mmg sedap ler nasi serai ni bila masak dah bau seluruh umah...
Post a Comment