Sunday, August 1, 2010

Laksa Utara + Ice blended Vanilla Blue

Hari ni terlebih rajin atau sudah malas...??? sapa nak jawab???..hmm..hari ni buat lasksa utara..resepinya aku rujuk kat Dapur K.Nor yg resepi asalnya dari Ms. Tulip katanya..Jom tgk resepi yg aku copy dari umah K.Nor ni yer..(pening K.Nor..asik2 aku dok copy resepi dari dapurnya)..sebenarnya aku pernah ternampak K.Nor buat..oleh kerana malas aku nak buat blog walking aku main terjah jer lah dapur K.Nor nih..ampun yer K.Nor...

LAKSA KEDAH SPECIAL by Tulip77@MyR

• 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
• 2btg bunga kantan - dipotong dua
• 3 ikat daun kesum
• 3sb cili giling
• 10bj cili padi - ditumbuk halus
• 20 keping asam gelugor
• 20gm belacan
• garam & serbuk perasa
• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam & serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.


****Resepi ni lieza dah adjust sikit..main campak2 jer sbb tak ramai yg makan..cuma utk kuahnya lieza tambah udang basah dlm 6 ekor yg di blend sekali dgn ikan.



Ni pulak ice blended vanilla blue...yg ni tak der resepi sbb aku beli vanilla blue dlm peket2 berbentuk serbuk kiranya segera ler...pas tu blend dgn air dan ais..siapppp.

2 comments:

suzzsuzie said...

puas kan bila dapat buat sendiri? boleh makan lebih...silap2 boleh ulang makan lagi

Lieza said...

suzzsuzie...mmg betul tu..puas betul buat sendiri..kalau beli celah gigi pun tak sempat tersangkut...hukhuk...ni sampai esoknya masih bole mkn lagi.