Wahhhh...hari ni kita ke Portugis pulak yer....ikan bakar portugis..tu ler nama resepinya..oleh kerana aku laki bini masih tekak jawa..jd masakan ni kira sedap ler juga..bukannya tak sedap...sedapppp...tp anak tekak aku ni lain sikit...lain tekak lain rasa kankankan tak gitu..sapa nak cuba jom tgk resepinya...minta izin dari Noreen nak salin semula yer...
Bahan-bahan (hidangan 4-6 orang): Sumber Chef Wan, Noreen
1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm - lieza guna ikan kembong
1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
1/2 sudu besar kicap pekat
60ml atau 1/4 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa
bahan2 kisar halus:
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 biji bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar serbuk cili
2 helai daun limau purut
cara:
1 ekor ikan bawal/siakap atau ikan apa2 yg disukai - seberat dalam 600gm - lieza guna ikan kembong
1 helai daun pisang - kalau tiada boleh guna aluminium foil
1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
1/2 sudu besar kicap pekat
60ml atau 1/4 cawan minyak
garam dan gula secukup rasa
bahan2 kisar halus:
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 biji bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar serbuk cili
2 helai daun limau purut
cara:
- layurkan daun pisang di atas api kecil sehingga lembut
- ketepikan
- panaskan minyak di dalam kuali
- tumiskan bahan2 kisar di atas api yang kecil sehingga wangi
- tambahkan jus limau, kicap, garam dan gula secukup rasa
- kacaukan rata
- lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkuskan ikan dengan daun pisang atau aluminium foil
- bakar pada suhu 180C selama 20 min atau panggang di atas bara api
No comments:
Post a Comment