Monday, July 26, 2010

Pecal Jawa


Sebenarnya dah lama aku dok tingin nak mkn pecal nih...aku tak pernah pun buat sediri biasanya MIL atau Mak aku yg buat...sbb tu jarang dapat mkn pecal nih...oleh kerana aku maleh nak calling2....so smlm aku pun buat ler blog walking kat umah CMG..sbb sebelum ni pernah ternampak ada resepi pecal ni kat dapur die..maka hari ni aku pun buat ler sambal pecal mengikut resepi yg diberi..selalunya mak aku buat cuma letak cili api tp kali nih aku ikut stail CMG letak juga cili kering..perghh pedas gitu donggg...oleh yg demikian juga aku nak buat cetak semula kat sini utk rujukan di kemudian hari..ni kira minta ijin dari CMG tau.

Sambil aku nak berN3 pasal pecal ni kan..aku ternampak menu aku hari ni sama dengan Hana nun jauh beribu ribu batu tu...tak sangka kebetulan menunya sama pulakk...mungkin sesama tekak Jawa kot..hahahha..aishhh..merepek panjang lak..jom la tgk resepi CMG tu...

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang- lieza tak letak
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan - lieza tak letak

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera.

No comments: