Monday, March 16, 2009

Cryspy Fried Bread

Sambil bersantai minum petang nih


Ni buat minum petang semalam....ada roti yg byk tu..takut tak termkn so aku buat ler lagu nih..tertgk resepi ni kat blog Umi..resepi asal Hasue MYR...cuma aku jd perderhaka sikit dgn menukarkan inti kaya ke sardin..hahahhaa..yaaa ampun..


Bahan:-

  • 8 keping roti (buang kulit tepinya)
  • Serikaya secukupnya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 cm (1 sudu besar) marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit gula (supaya gorengan sedikit berkilat)
  • sedikit pewarna kuning


Cara Memasak:-

  1. Di dalam bekas satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan kacau dengan whisk, masukkan pewarna kuning, gaul rata dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong kepada 4 bahagian.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
  4. Celupkan roti tadi ke dalam adunan teung dan goreng sehingga keperangan. Balik-balikkan selalu (kalau lagi garing, lebih rangup dan sedap!)

No comments: