Wednesday, March 31, 2010

Macaroni & Cheese

Bekalan utk Enas bawa pegi sekolahnya....Idea asal Macaroni & Cheese ni aku amik kat MyR resepi dari Mrsdayat.

Macaroni & Cheese yg aku buat ni dah aku ubah suai mengikut apa yg ada kat umah ni..hasil kejadiannya mmg sedap lemak2 gitu...buat semua meh aku CnP resepinya kat sini..



Bahan-bahan ( 2 org )

  • Setengah biji bwg besar (potong dadu)
  • 2 biji bwg putih (tumbuk)
  • 2 tbsp tomato puree - aku guna sos tomato jer
  • 2 tbsp cili boh- letak sos cili
  • sedikit daging cincang- letak beberapa btg sosej yg dihiris
  • 2 tbsp susu segar
  • 3 genggam macaroni
  • 2 keping keju cheddar(parut)- aku guna slice cheese
  • sedikit olive oil utk menumis- guna minyak masak biasa jer
  • sedikit garam dan ajinomoto

Cara-cara

  1. Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
  2. tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
  3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
  4. masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
  5. Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
  6. bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

Buat K.Nor - Secubit Garam


Pyzam Glitter Text Maker

KNor...saya ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan...moga2 bahagia sehingga ke akhirnya dan semoga kehidupan K.Nor sekeluarga sentiasa diberkati.


Wednesday, March 10, 2010

Pajeri Nenas tanpa Santan


Menu ni siaran ulangan yer...byk kali dah buat...suka buat pajeri ni sbb tak letak santan...tp kalu nak letak pun bole tak jadi hal...nak tgk resepi pegi kat sini yer Pajeri Nenas.

Roti..... Burger Malaysia



Alkisahnya......pada awalnya aku nak buat Burger Malaysia...gebak gebuk aku uli...Muaz pun uwek..uwek...bangun...tp aku sudahkan dulu keje aku nih....dah tu baru ler layan Muaz....susu kan Muaz sampai die puas dulu..baru ler die tido semula....masa tu doh aku pun dah naik 2 kali ganda...apa lagi..cpt2 ler aku bereskan doh tu bahagikan kecil2.. selesai lah sudah...biarkan naik lg sekali..time tu ler Muaz bangun ler pulakkkk....penyudahnya bila sume doh kembang..aku bakar jer sume...3 darinya aku letak inti sadin...yg lelain aku tabur gula jer...haaa amik ko..jd ler roti....resepinya aku guna resepi dari Yani MyR...resepi burger malaysianya..tp aku sumpah jd roti..hehehhee...ampun yaaaaa..tp hasilnya lembut sampai esoknya..apa pong yani akak nak copy yer...resepi nih.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

* selepas step no 3 aku bakar 20 minit pd suhu 180.

Friday, March 5, 2010

Tamat Perkhidmatan

Tinggal Kenangan Mitsubishi Touch...Touchingggggg nyaaaa hukhuk

Aduyaaaaiiii...ni ler nak story la kan...dan juga nak abadikan dlm blog aku nih...baca N3 mcm pelik jer kan...nak tamat perkhidmatan apa tuuuu..kan..kan..kan...

Begini ler...sebenarnya dah lama Mr. Hubby berhajat nak upgrade Washing Mashine kat umah ni..dari 6kg (Mitsubishi) ke 14kg..maklum ler yg 6kg tu dah 7 tahun berkhidmat pada kami..dari Mr. Hubby bujang lagi sampai ler dah branak pinak...masih elok lagi machine nih..tp dlm elok lagi tu beberapa bulan nih dah mengeluarkan bunyi2 yg sumbang ler juga....walu camner pun masih bole guna...sbb tak ler sumbang benor kan...pas tu plastik kat dlm tu ada ler pecah2 sikit..yelahkan dah uzur...so 3 hari hari lepas Mr. Hubby buat kata putus nak pegi beli yg baru..lg pun rezeki ada ler sikit utk kami pada masa nih.....rezeki Baby Muaz kot...apalagi dgn hati yg gumbira aku pun sokong jer ler...ok jer kan..kan..kan..pas tu esoknya bunyi hon lori dok anta wahing mashine yg baru.....yahoooooo....tersengih2 aku dikala itu...ni ler Washing Machinenya Panasonic 14kg......tgk jer kat bawah yer...yg penting bole basuh comforter..pas ni takyah ler anta DOBI...dgn ini tamat ler perkhidmatan Mitsubishi Touch 6kg...akan ku kenang sampai bebila...



Telah memulakan perkhidmatannya sebagai pembantu aku..

Sup Makaroni

Lama dah nak buat Sup Makaroni ni.. tp asik2 tak kesempatan jer...peh tu tgk kat dapur K.Nor entah dah keberapa kali K.Nor buat..lelama tak tahan juga...nampak mengiurkan..bila dah makan perghhhhh lagi meleleh-leleh...mmg sedap..segar...gituuu....aku makan dgn sambal kicap perah ayor limau...uishhhh....tak peduli dah kalau baby Muaz nak susu...kuikuikui..apapun resepi asal ni K.Nor kata dari Masz... thanks buat Masz sbb sudi share resepi ni..dan buat K.Nor juga saya nak copy sebijik2 dari blog K.Nor resepi ni yer...kalau K.Nor tak beri...saya wat juga..


Bahan2
  • Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral - aku guna yg lain
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil
  • bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging - aku letak daging juga
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer
  • 2ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak - aku pun lupoooo
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best! - aku tak letak sayur
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi - samaler dgn aku
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

Marble Choc.Cake

Ada rajin sikit buat kek yg mudah nihh haaaa...utk bekalan Enas g sekolah..ari tu dok geledah2 dapur Hana Japang tu...terpesona ler pulok dgn kek nih...apa lagi start ler enjin mixer tu...ngeng..ngeng..ngeng....pas tu siap utk dibakar,...senang jer puan2 tak caya kalau rajin pegi ler skodeng dapur Hana...resepi asal Chef Zubaidah dan telah dipaparkan oleh Mak Lang Corner..dan akhirnya ada kat dapur aku dan copy resepi ni dari dapur Hana...boleh yooo hana.


MARBLE CHOC. CAKE
sumber : chef zubaidah

Bahan-bahan
  • 250g tepung naik sendiri } ayak
  • 1st bpowder } sukat membumbung
  • 200g gula castor - boleh kurangkan jika manis
  • 6 biji telur
  • 1sb ovalette
  • 2sb susu pekat manis
  • 50g susu cair/air
  • 90g myk @ 175g butter cair
  • 1sb choc.emulco
Cara-cara
  • Pukul semua bhn kecuali minyak sehingga gebu dan pekat (bertukar kaler jadi putih)
  • Last sekali masukkan minyak dan gaul sebati ngan whisker
  • Ambil 1/4 adunan dan campurkan emulco
  • Marblekan ikut suka.
  • Acuan 10x10Bakar hingga masak...suhu 170 selama 25'
  • (utk 1/2 adunan, api bwh dulu, minit terakhir api atas bawah)

Tuesday, March 2, 2010

Tauhu Kukus Sos Tiram


Resepi ni mmg sempoi dan sedap...ari tu g jejalan kat umah Ha-Sue...nampak ler resepi nih....terus ler cari tauhu lembut nih..peh tu terus buat..thanks yer Ha-Sue..akak nak CnP resepi ha-sue nih yer..


Bahan-bahan ( 2 orang )

• 1 pack tauhu lembut
• 2 sudu besar oyster sauce
• bawang putih - cincang
• sesame oil
• bawang goreng
• daun bawang - potong kecil

Cara-cara
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Letakkan tauhu atas piring tahan panas. Campurkan oyster sauce dan bawang putih. Gaul. Tuangkan ke atas tauhu.
3. Kukus selama 15 minit
4. Renjiskan minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang.
5. Hidangkan

Air Barli


Jom minum air barli hangat...senang jer nak buat...rebus barli pas tu letak gula batu..letak air..aku buat main agak2 jer...