Tuesday, February 7, 2012

Kuah Yong Tau Fu


Dah lama tak makan yong tau fu..jadi hari tu lieza buat ler sikit utk melepaskan rasa teringin tu...senang sgt nak buat kuahnya...bahan2 lain tu ikut suka la..apa2 pun bole segala bebolal pun bole...jgn bola sepak..bola hoki sudahhhhh...nak tambah kangkung pun boleh..telur puyuh pun bole...alaahhh cam kat pasar malam tu lahhhh....buat sendiri ni rasa puas sikit..nak pedas ke nak byk ke nak sikit ke...semua boleh adjust sendiri kan...
Kuah ni dah byk kali la lieza buat tp kekadang malas nak letak n3 sbb dah byk kali tp kali ni sajer la rajin nak letak kot2 ada yg terlepas pandang kan...bole korang rujuk...resepi dari Minami Myr dan klik SINI utk n3 lieza yg lepas..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


3 comments:

dZana said...

sedap kuah ni lieza..akk dah prnh cuba rspi ni.. teringin pulak bila lieza tayang2 ni.. hihihi

tun_telani said...

sedap!! terliur nengok.. kompom dh esok lunch mkn yong taufu nih ^^ tun pernah try resepi nih. sedap! tp skrg ni stok kuah ready-made yg bw dr kg ada lg. hihi..

Chik Mimi said...

akak jugak tak pernah buat boleh masuk list