Monday, February 6, 2012

Butter Bread Pudding


Semalam lieza ada buat butter bread pudding ni...masa dok godek dapur Dayang Jack tu ternampak la menu ni..tgk bahan2 senang jer dan dah mmg sedia ada susu..roti dan lain2nya..lieza ni kalau dikutkan bukan ler gemar sgt puding cam ni...tp bila tgk cam sedap jer dan caranya cam lain jer....rupa2nya puding ni dah ramai juga org buat...sekali tgk K.Nor pun dah mendahului mencuba butter bread pudding nih..pastu kat dapur Sheila Nshafeareen pun ada juga....siapa lg yer dah cuba...apa pun jom kita tgk resepinya yg lieza copy dari Dapur K.Nor...tp menu ni lieza buat separuh adunan jer...dan alhamdulillah Enas suka sgt lebih2 lagi masa panas2...dan lieza yg tak suka mkn pun jadi suka sbb lain dari yg lain..

BUTTER BREAD PUDDING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
8 keping roti
2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
mentega secukupnya
peanut butter secukupnya ~ k.nor gantikan dgn chocolate spread - lieza guna peanut butter
chocolate rice / chocolate chips secukupnya
kismis secukupnya - lieza tak letak
sedikit parutan kulit oren sunkist - optional - tak letak juga

Bahan A :
2 cawan susu segar/susu cair - lieza guna 3/4 cwn susu segar dan 1/4 air
1 sudu besar gula kastor
3 biji telur - lieza guna 2 biji
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B :
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
Potong roti kepada 4 bahagian.
Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Dibawah ni yg diolah sedikit oleh K.Nor
* k.nor guna 1 1/4 cawan susu cair + 3/4 cawan air
** kaedah k.nor bakar, 25 min pertama k.nor bakar cara water bath (spt dlm kehendak resipi).
kemudian keluarkan loyang berisi air dan juga loyang berisi puding roti.
masukkan balik loyang berisi puding roti dan bakar spt biasa utk 10 min lagi.


2 comments:

dZana said...

aslmkum lieza.. teringin jugak ni.. buat dlm cup2 kecil camni senang nk mkn..

Ezadlieza said...

k.dzana..w'kumsalam...yelah kak mmg senang kalau buat bekas kecik2 nih...anak2 senang nak makan...