Wednesday, February 9, 2011

Salad Terung Gril


Salad terung gril ni dah pernah lieza buat sebelum ni..mmg sedappp kalau dulu lieza terlupa nak letak telur rebus tp kali ni dah ada telur rebus...aduhhhaaaaii sedap sedap...suker suker....terima kasih sekali lagi buat K.Nor kerna mengongsikan resepinya itewwww..sesiapa nak tgk N3 yg sebelum ni bole tgk SINI ...utk resepinya takpelah lieza copykan semula yer.....


SALAD TERUNG GRIL

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus - lieza ganti dgn bawang besor sbb bawang kecil takder di pasaran lagi.
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi - lieza tak letak yg nih

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

##Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

4 comments:

K.Nor said...

bak sepiring nak ratah :)

Ezadlieza said...

waduhhh...k.nor dah tinggal cili dan bawang jer..hukhukhuk

Kak Sam said...

Assalamualaikum.....
Nampak cam sedap je ni. Harus di coba. Lieza ambik resepi ye. Nanti saya bagitau k nor.

Ezadlieza said...

wsalam K.Sam...

Mmg sedap k.sam cuba laaa....dah 2 kali lieza buat...ambik jer la resepinya k.sam...takpenya...mmg utk dikongsikan bersama2...