Apam ni mmg lama dah tingin nak buat...sbb mudah jer bila tgk resepinya...memandangkan lieza ni mmg penggemar apam...bila yg mudah2 camni mmg ler nak juga buat...lieza tgk sana sini org dah cuba dari MyR...dapur ke dapur pastu terus ke Japan...kat Dapur Cikgu Hana...resepi asal ni dari qnq0910 MyR
Resepi ni lieza buat separuh adunan juga...byk wooo kedapatannya..puas makannnnnn...mmg sedappppppppp....lagi ler lieza ni gemar makan apam..muka pun dah macam apam...hehehhe...sesapa yg penggemar apam beras ni bole la cuba tau..tak rugi...wokey jom kita tgk resepinya yg lieza copy dari dapur Hana...
terimah kasih buat semua yg berkongsi resepi ni.
Resepi ni lieza buat separuh adunan juga...byk wooo kedapatannya..puas makannnnnn...mmg sedappppppppp....lagi ler lieza ni gemar makan apam..muka pun dah macam apam...hehehhe...sesapa yg penggemar apam beras ni bole la cuba tau..tak rugi...wokey jom kita tgk resepinya yg lieza copy dari dapur Hana...
terimah kasih buat semua yg berkongsi resepi ni.
RESEPI APAM SNOW WHITE
Sumber dari bdaria@jurnalresepi/Hanamemories
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
- Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
- Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
- Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
- Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
- Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
- Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
NOTA dari kak.bdaria:
- Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
- Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
- Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.
4 comments:
Assalamualaikum..
Waa sana sini, jauh dekat semua orang citer pasal snow white. Nanti saya nak citer pasal snow black plak. Heheheehe
akak, cantikla apam ni putih mcm snow baru turun kat sini la...sedapnya..suka apam gebus ni.
aku pong suker apam yg nieh! Mcm buat lg jer... bak aku seketui dulu... lapo pulak mlm2 nih wehhh
K.Sam...w'salammmm..hahaha...cpt kak lieza tunggu cite snow black akak nih..
Nieza....akak sambil makan apam ni sambil terbayang2 snow yg turun mcm kat umah nieza tu..
Hana...mmg sedap ler apam ni...aku pun merancang nak buat lg...cam tak pueh makan...ehh seketoi cukup ker hana...nanti berebut dgn hero2 tu kang...
Post a Comment