Wednesday, February 9, 2011

Ikan Keli Berlada


Hari ni lieza masak ikan keli berlada...ikan keli ni ikan kesukaan Mr. Hubby...bila Mr. Hubby suker kita pun masak kan ler kan..walaupun lieza ni bukan ler makan ikan keli tp lama kelamaan makan juga ler..tp..hmmm ada tapinya...baru sikit2 jer lieza makan tak ler sampai sekor tu abih...cuma cubit2 sikit jer...try2...
Resepi ikan keli berlada ni lieza tgk dari blog CMG Dapur Tanpa Sempadan.
Jadi utk rujukan akan datang lieza minta izin utk copy semula yer..


BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugor
2 - 3 biji limau kasturi
1/4 cawan air
Garam dan sedikit gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
6 biji cili merah*
5 - 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan keli dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 - 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
  2. Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera....

2 comments:

Nieza said...

assalam kak, ikan keli ni memang fav saya...tapi my hubby lak tak mkn...susah juga kalau dh masak kita sorang nk abiskan..nanti nk cuba jugalah resepi ni..:)

Ezadlieza said...

w'salam...terbalik pulak kita yer...akak asben yg suka...tp akak yg tak makan heheheheh...tp skrg bole trima juga ler sikit2....cuba la nieza sedap juga...biasa akak guna cili kering jer tak pulak letak belacan dan kunyit idup tu...tukar2 selera sedap juga..