Friday, July 3, 2020

Nasi Ayam Rafiza Idayu

 
 Cara2 buat Nasi Ayam Rafiza Idayu
Sumber : FB
 
 Tips penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.
 
1. Masak air hingga mendidih
2. Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
4. Api mesti besar.
5.Guna air yg banyak kerana kita akan menggunakan air rebusan utk Nasi, sup, sambal nasi ayam dan kicap nasi ayam

*Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.

Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.

Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. 
 
Tips penting.

Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam.

Lemak paling banyak di bahagian b*nt*t ayam.

Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya
 
Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.

1. Beras
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Kiub pati ayam (optional)
5. Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
6. Lemak ayam
7. Air rebusan ayam
8. Serbuk kunyit 
 
Panaskan lemak ayam dalam rice cooker. Tutup. Biarkan lemak ayam bertukar dan mengeluarkan minyak.

Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yangvtelah ditumbuk halus.
Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
Masukkan beras. Perhatikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
Masukkan beras dan masak sebentar.
Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.
Air ngam ngam dgn sukatan beras td sebab beras dah kembang masa kita rendam - CONTOH 1 LITER BERAS, 1 LITER AIR.
Kemudian pindah kan ke rice cooker - jika menggunakan rice cooker yer
Biarkan nasi masak seperti biasa.
 
RESEPI PERAPAN AYAM
=====================

Resepinya :
1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 3 sudu madu
3. 2 sudu sos tiram
4. 1 sudu kicap pekat
5. 1 sudu minyak bijan (optional)
6. Sedikit lada sulah
 
 
  *tidak perlu letak garam kerana sos tiram sudah masin - terpulang jika nak letak
 
Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
Perap ayam yang telah direbus tadi.

Panaskan minyak macam menggoreng ayam.

Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah.

Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan. - Lieza panggang guna pemanggang ajaib
 
Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam.

Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas.

Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa.

Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak
Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.    
 
 Resepi sambal nasi ayam.

1. 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa prepare tadi)
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 sudu jus limau nipis - lieza guna cuka
5. Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4. 4 sudu gula
5. 1 sudu kecil garam
6. Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)

7. 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (ayu tak letak, saje nak cuba resepi tanpa tepung jagung) - lieza tak letak tepung jagung sbb suka kecairan,
Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita  
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. - lieza letak cuka
 
Bahan sos kicap.
Ambil lebihan perapan ayam dan masak hingga mendidih. Tambah air rebusan ayam. Boleh dipekatkan dengan tepung jagung.
 
Bahan Sup
Lieza guna air rebusan ayam dan didihkan, kemudian masukan kiub ayam, bawang goreng dan tabuur daun sup dan daun bawang.
 
 
Siap dan boleh dihidang bersama salad2, timun dan tomato  

 

No comments: