Saturday, June 1, 2013

Cream Puff




Apa khabar semua..lama tak berN3 kat sini....sunyi sepi jer kan...mood tuan  tanah ni jap2 datang jap menhilang entah kemana melayang layang tak dapat nak capai2....hari ni dpt ler capai tak byk sikit pun jadi la....kankankankan....dari sunyi terus terusannnn tak best juga...
Cream Puff ni dah lama juga Lieza buatnya...kiranya N3 yg tertunggak juga la...
Inilahkali pertama Lieza buat Cream Puff dan kali pertama juga Lieza makan Cream Puff ni...dasyat kan mg ketinggalan zaman..
Cream Puff ni Lieza makan dgn seri kaya jer...tak buat pun kastad bagai...dah agak nanti anak2 tak mkn pun dgn kastad2 nih....anak2 lebih suka mkn dgn kaya dan peanut coklat...Kalau Muaz mkn camtu jer, habis 2 bji mkn kosong...
Resepi ni Lieza ambik kat Dapur Cik Adik Manis Tun Telani...terima kasih yer Tun dan penyumbang asal resepi ni.
Rupa2nya senang bebenor nak buatnya....tp bila malas nampak cam susah jer... 

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:

  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.

3 comments:

dZana said...

dah lama jugak akk tak buat CF .. bila tgok lama2 teringin la pulak..

Ezadlieza said...

Kak Zana... jgn tenung lama2...nanti lama2 bisa teringin...hehehe

tun_telani said...

tun ketinggalan ketapi baru nk tengok niii... mmg bila dh buat sekali, nk buat berkali-kali cream puff ni kan ^^