Friday, May 10, 2013

Roti Nan Goreng




N3 tertunggak seterusnya ialah Roti Nan Goreng oleh Kak Fida MyR...mmg best resepi dari kak fida ni...rasa2 nak mkn roti nan bole le merajin kan diri  buat...senang jer dan amat mengenyangkan...enak dimakan begitu sahaja oleh anak2 Lieza....mkn dgn kari lagi la masukkkkk kan.....ok lah cer cer tgk resepi nya kat bawah ni yer.....

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 500 g tepung gandum/tepung roti (5 1/2 cwn rata) - diayak(akak gune tepung gandum)
  • 2 sk baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml air- (10 sb)
  • 3 sb susu manis
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara


  1. Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
  2. Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
  3. Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
  4. Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
  5. Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
  6. Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
  7. Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
  8. Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika pana

No comments: