Monday, June 3, 2013

Aiskrim Goreng

Mengabihkan roti yg ada, Lieza buat ler Ice Cream goreng....dah lama teringin nak buat dan sering kali hati tertanya2 di dalam hati (tak cair ker kalau digoreng ice cream nih) (dah ler minyak panas2 benor) tp selagi kita tak cuba buat mmg takkan tau kan...dgn ini Lieza merajinkan ler buat padahal tak ler susah mana sangat pun tapi kalau dah malehhhhhh mmg semuanya susahhhhhh....yg penting hati mau ikhlas nak buat, insyaallah menjadi la....
Resepi yg Lieza ambil dari Dapur Kak Zana, sbb Lieza pernah ternampak Kak Zana buat...apalagi skodeng2 lahhhh..dapur Inspirasiku Kak Zana. kalau rajin nak tgk klik CARA BUAT ICECREAM GORENG

AISKRIM GORENG
(Asal: Lina.pg)

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak untuk mengoreng

  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.

No comments: