Thursday, June 6, 2013

Puding Sagu Gula Melaka/Apong

Merajinkan diri buat puding nih..lama juga tak makan...yelah kan ni boleh jadi salah satu menu utk kita berbuka puasa di bulan ramadhan yg akan dtg nanti..
Resepi ni  Lieza ambil dari Dapur Kak Ummi HSH ..selamat mencuba bagi yg teringin nak buat.

Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya
  • (Lieza rebus dgn daun pandan jer)
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir1
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam*boleh ganti dengan susu sejat (*ummi guna ni)-(Lieza guna susu cair)
Cara Menyedia:-
Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.

2 comments:

tun_telani said...

kak lieza!! sila hantar ke bintulu tun nk wat buka puasa nihhh!! hihi..
xde sagu kat umah.. sob sob..

hana said...

assalamualaikum lieza...
daku pon tenggelam timbul jugak! untung sabut timbul, lepas tuh ko sambung sendrik.. kekekeke

peberet sesangat mende alah nih! nak buatnyer jerkkk malassss kemain! meh anto seloyang! hehehe