Salam Ramadhan utk semua... selamat menjalani ibadah puasa buat semua pengunjung2 blog ini sama ada dikenali atau tidak dikenali..
Kaswi pandan lemak ni lieza buat pada hari ke 2 kita berpuasa so menu ni utk juadah berbuka ler...selain tu lauk pauknya lieza cuma masak lemak pucuk ubi dan sambal sotong yg kebanjiran... ada terlebih rajin ckit lieza buat ler 2 ketul Roti John ...
Oklah yer jom kita tgk resepi kuih kaswi pandan lemak ni yg resepi asal dari Kak Besah MyR tp lieza ambik kat Dapur Mas Duniaku..
lieza rasa sudah ramai teman2 blogger yg lain dah mencuba resepi ni... cuma lieza yg ketinggalan ketapi... tut tut tut... kecehhh kecehhhhhh...(merepek pulaknya)
komen utk kaswi ni bagi tekak lieza mmg sedap dan pestime lieza buat terasa lemak2 dan kewangian pandan tu sungguh tergoda...
dengan sg
Kaswi Pandan Lemak
Resepi : kak besah@myResepi.com
Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu - Mas guna tepung jagung
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai - Mas guna 2 cawan air untuk dapatkan kaswi yang goyang2 inul...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.
Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur.
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup.
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.
aramecubi.Resepi lemak pucuk ubi ni biasa2 jer mesti semua org tau buat...begitu juga sambal sotong yg kat bawah ni.... kan kankan
Resepi Roti John ni Klik SINI je lah yer sbb dah berkali2 lieza buat... lieza dah stick dgn resepi dari Hanamemories ni.
No comments:
Post a Comment