Monday, March 12, 2012

Telur Udang kering

Masih mampu nak masak lg walaupun mood asyik terbabas jer...skrg ni amat2 jarang masak beria ia...biasalakan kalau superhero tiada disisi ni... masak pun alakadar ikut selera anak2... selera anak2 lieza ni senang jer... kalu boleh hari2 nak lempeng cicah kari tp mcm kejam ler pulak nak bagi lempeng jer kan..tp tulahkan kalu masak berbagai kang mau cik tong yg kenyang..
Takpelah kita lupakan cerita td.. meh pulang ke pangkal jalan(kata2 hikmat k.nor) hehehe...ni nak cerita pasal resepi telur udang kering ni...menu ni dah beberapa hari terhidang tau kat window blog lieza ni.. bila jeling ada.. bila jeling ada... ni tak leh jd ni meh ler lieza masak tgk pun sedap dan mudah jer nak buat mmg sesuai nak buat bila dlm keaadaan yg cam gini...
oklah resepi ni lieza tgk ada kat dapur Diana Sky Blue's Kitchen dan lieza nak share kat sini juga..


Bahan2

Beberapa biji telur _ ( terpulang nak berapa biji )
Udang kering secukupnya ( bubuh lebih banyak lebih sedap ) _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
Bawang merah _ dicincang
Bawang putih _ dicincang
Bawang besar _ dibelah dua dan dihiris nipis
Cili boh / serbuk cili _ ( Diana guna serbuk cili )
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Cara²

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Campurkan serbuk cili, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan sebiji telur dan biarkan seketika tanpa digaul ( klik SINI untuk rujuk step by step ).
  4. Setelah kelihatan telur separuh masak.. barulah digaul rata dengan bahan² yang telah ditumis tadi. Buat begini sehingga telur habis.
  5. Angkat dan sesuai dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas, nasi lemak atau roti.



2 comments:

tun_telani said...

hehehe.. tun masa tgk kak diana buat ni kan, mmg jakun.. sbb mula2 ingat amik telur udang tu. kui kui.. logic x? udang kering ada telur.. muahaha.. gelakkan diri sendiri ;p
tun udang kering ni kureng sket sbb nnti gatal bila makan.

Unknown said...

salam windu kak lieza...lama tak singgah dapur akak ni. akak sihat? saya pun hari tu sibuk mood msk ke laut jer..sekrng baru nk panaskan enjin..hehe suka mkn telur gak nampak simple jer ni yer.