Saturday, March 17, 2012

Baju Kurung Handmade





Kali ni lieza nak share cerita Pasal Baju Kurung Eryna ni... setiap hari Jumaat Eryna akan pakai baju kurung ke Tadika memandangkan baju kurungnya hanya ada 2 helai jd lieza dan Mr Hubby pergilah cari baju kurung yg readymade tp amat lah hampanya sbb baju kurung utk kanak2 tak byk pilihan yg ada cuma baju kurung yg bermanik manik bagai kiranya baju kurung moden l ah gitu, apapun beli la juga sepasang utk Eryna tp masih juga tak puas hati cari ler kain 2 pasang lagi utk ditempah pulak..
Memandangkan skrg mesti org dah tempah baju utk musim perayaan nanti kalu tempah entah bila nak siapnya kan.. jadi lieza terfikir nak buat sendiri lah baju kurung utk Eryna ni org kata bole jimat tak gitu kan...kalau tempah mesti Rm20 - 25 kan dah boleh beli kain sepasang lg..so lieza google2 ler tutorial sbbnya lieza ni bukan ler terror bab2 potong2 kain ni mmg zero lah..at last byk juga tutorial yg lieza jumpa cara2 dari awal utk buat baju kurung ni sampai ler cara mudah utk membuat lubang leher ni dan sebahagian link tutorial ni bole klik kat bawah ni..


Terrima kasih buat penyumbang penyumban tutorial ni sbb lieza dah bole siapkan 2 pasang baju kurung utk Eryna hanya berpandukan tutorial mereka ni...selepas ni tak payah la lg beli yg dah siap atau menempah lg baju kurung utk anak2..jimat, puashati dan bole buat bila2 masa.


9 comments:

dZana said...

tahniah lieza.. akhirnya bjaya jugak.. kene n padan jer ke bdn eryna.. akk pun kdg2 buat baju kurung sndiri.. suke mjahit klau ada kelapangan..lepasni bolehlah jahit baju lieza pulak..

tun_telani said...

wahhh!! mantap! usha jugak tutorial dia, lengkap betul. byk pahala org yg wat tutorial tu. tun nk potong kain tu ok jugak, tp bila bab jahit tuu.. adoi.. smp rosak kain sbb selalu jahit senget n kene tetas 2-3kali. haha

KakAsma said...

Lieza,
waa kira bagus dah tu antik ajer baju lieza buat.mmg betul buat sendiri jimat dan pueh ati..akak pun jahit sendiri baju...lepas nih lieza jahit baju sendiri pulak..

Chik Mimi said...

Tahniah Lieza ,dengan tutorial je dah menjadi ,akak bab jahit ni mmg fail.
Lieza kat sana ada kolej komuniti tak ce try tanya sbb depa ada kursus menjahit ni

Lieza said...

terima kasih kak..tu la kak pas ni lieza nak try buat baju sendiri pulak... syok pulak rasanya.

Lieza said...

Tun... betul tu tun mmg lengkap tutorial tu suka tul akak... yelahkan akak ni bukan reti sgt..bab2 menjahit baju ni...

Lieza said...

kak asma... baju antik gini jer lah yg reti kak... kalu disuruh tabur manik mmg haru la gamaknya... tul kan kak org lain bole jer buat sendiri lieza jer baru skrg terhegeh2 nak buat..

Lieza said...

terima kasih kak... alah liza ni budak baru blaja jer kak..bila dah jd syiok pula...kolej komuniti mcm ada kot.. tp kak kalu pegi kelas mana ler liza nak anto muaz yg asyik nak ngemping ni... hehehe

anymz said...

untung kalau pandai jahit baju sendiri..:)