Thursday, February 2, 2012

Nasi Lemak Tumis


Pertama kalinya nampak Nasi Lemak Tumis ni kat Dapur Izah Mapin...saborjer duluuu...ehhhhh tak sampai beberapa hari dah merebak bagaikan virus nasi ni menyerang...perghhhh dasatttttt..dan akhirnya lieza pun sambut juga virus nasi lemak tumis ni...perghhh sedap harum semerbak baunya...sesekali kan kalau buat kelainan pada nasi lemak ni mmg bebaloi..sedapppp...terima kasih pada penyumbang resepi dan penyebar2 virus nasi ni...heheheh...Izah..akak pun terjebak dan teracun dgn kata2 manis pasal nasi ni..tp mmg berbaloi dan sedap la izahhhh...akak nak minta izin nak sebar2 kan kat sini pulak...

NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

1 comment:

tun_telani said...

kak liza.. tun pun terjangkit jugak virus nii.. wat wiken aritu, pastu lapo sgt, amik gmbr lebih kurang je. tgk2 gambo hudus! hahaha.. x sanggup nk tunjuk ;p