Lempeng pisang ni lieza buat utk minum petang beberapa hari yg lalu..kalau nak mintak tu mmg tak der maknanya yer...dah abih pun yg tinggal hanya pinggan yg kosong...sebenarnya lempeng pisang ni makan gitu jer tak yah bercicah2 pun tapi kebetulan ada kari...lieza makan ler dgn kari sedappp juga..makan begitu sahaja pun sedap...anak2 pun suka terutama Enas...oleh kerana die tak suka sgt makan nasi jadi menu yg mcm ni mmg die makan tanpa henti...dan Enas juga mmg suka cicah dgn kari...
Resepi sumber : Kak Fiza MyR
Resepi sumber : Kak Fiza MyR
Bahan-bahan ( 4-5 Org )
- 7 biji pisang emas
- 5 sb gula
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan kelapa muda (parut)
- 1/2 st garam
Cara-cara
- Lecek pisang hingga halus
- kemudian masukkan gula,garam dan kelapa parut.
- masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata.
- panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak ,sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
- Balik2kan hingga kedua2 bhgian masak.
- Angkat dan bolehlah di hidang sbgai sarapan @ minum ptg.
6 comments:
salam eza..lama nya akak x mkn lempeng pisang ni..nk wat malas..nk beli xde org jual plk..
lieza akak mmg suka lempeng pisang ni bako dengan daun pisang harum semerbak aje
ini mmg fav akak..sedap lempeng pisang.dah lama betul tak buat..nak masuk dlm list minum ptg utk hujung mggu ni lah nanti..:))
sedapnya lempeng pisang ni kak...lama dah tak mkn..:)
ini lah menu yang sedap sepanjang zaman.takkan pernah jemu dengan lempeng pisang.:)
K.zai,
mmg menu ni payah nak jumpa org jual kan kak..
Chik Mimi,
Betul la kak kalau bako dgn daun pisang mmg harum semerbak baunya...
K.Anymz,
Mmg la kak sedap..dikala lieza dok taip ni sambil membayangkan kesedapan lempeng nih..huhu mmg tak jemu.
Nieza,
Jom ler buat...mneu ni tak silap akak dlm mastercheff malaysia pun ada..hehehe
Post a Comment