Thursday, October 6, 2011

Tau Sar Piah


Dah lama sungguh tak makan kuih ni...lieza ni mmg penggemar kuih nih..dulu2 masa kecik2 suka beli..seposen jer sebiji skrg mana nak dpt dgn harga camtu...pastu dulu2 yg lieza tau kuih ni kuih bulat jer..rupanya ada nama tersendiri...kuih ni susah nak dpt kat sini lebih2 lg yg HALAL mmg payah...tp satu hari lieza tgk Normakitchen aka cendanakasih dok post n3 kuih ni...why not cuba buat kan walaupun nampak cam rumit sikit tp lieza nak juga cuba sebelum ni pernah juga nampak kat dapur Kak Madiha tp resepi kak madiha tu cam byk sikit adunannya kalau lieza nak buat bahagi 2 kang takut tak jadi...tp kot2 sapa nak cuba dan tak paham camner nak buat boleh ler lawat dapur kak madiha ni...
Utk resepi ni lieza follow resepi dari Normakitchen sbb adunannya tak byk dlm 15 biji jer..kira ok ler tu kan utk tekak lieza ni...
Jom tgk resepi asal dari Skyblue MyR ni yg lieza copy dari Normakitchen.

Bahan-bahan ( 15 biji )
* Doh A:
* 120g tepung gandum, diayak
* 60g shortening

* Doh B:
* 120g tepung gandum, diayak
* 30g gula icing
* 30g shortening
* 60ml air

* Inti:
* 3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus) kukus sampai lembut dlm 30 minit ler
* 3 sb minyak masak
* 1 sb bawang kecil yg telah dicincang
* 1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
* 1/2 sk garam
* 1 sk kulit oren yg telah dicincang

* Lain:
* 1 biji telur (untuk sapu)
* Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
1. Untuk Inti: Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3. Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4. Untuk Doh: Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5. Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6. Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.(ni kiranya buat 2 kali gulung ler...bila dah satu kan doh A dan B, roll kan seperti yg dinyatakan pastu gulung dan roll kan sekali lagi pastu gulung, akhir sekali canai dan letak inti)
7. Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8. Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9. Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.

### Kalau tak faham nak tgk gambo step by step bole rujuk dapur k.madiha tu yer###




pada sesiapa yg tak pernah tgk kat bawah ni ler rupa kacang hijau tanpa kulit



yg gelap ni tak guna flash

6 comments:

tun_telani said...

SEDAPPPNYERRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! nak! nak! nakkk!!!

nuwairani ismail said...

tengok resepi ni mcm senang pulak...ingatkan payah nak buat...

Ezadlieza said...

Tun....mmg sedap tun...puasnya makan bila buat sendiri...

Ezadlieza said...

Nuwarni...tu ler hari tu akak tgk resepi cam senang tu yg buat gak nih..pas tu tak byk sgt..senang juga buatnya.

Cendana Kasih said...

salam....ada lagi tak kuih ni?? tingin la plak..stok kat rumah kita udah pinisto... hehehe....

ingat nk buat lagi la esok lusa...

Ezadlieza said...

Norma.....dah abih yer...meh ler ada lg ni 5 biji..jom kita kongsi makan jom...