Wednesday, October 5, 2011

Fruit Jelly


Jelly ni lieza buat tak byk hanya 2 biji jer sajer nak try kena atau tidak dgn selera anak2...tp alhamdulillah mmg anak2 suka sgt2 sampai tak cukup...resepi ni lieza ikut dari resepi asal dari yani sbb lieza buat tak byk..tp cara mengumpil buah limau ni dan cara2 nak masak jelly ni lieza follow cara2 yg k.nor buat...klik Dapur K.Nor Secubitgaram utk melihat gambo cara2 mengumpil isi buah limau orange tu yer..dan K.Nor, lieza copy semua resepi yg k.nor dah edit ni utk rujukan lieza dimasa akan dtg...thanks Yani n K.Nor...


FRUIT JELLY
by Yani MyR
Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar - 1 tsp
500ml air + jus limau
50g gula - lieza guna 4 sudu besar
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

* kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya..


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah) - lieza letak juga 1sb

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

####lieza pun ikut cara2 yg k.nor buat###


2 comments:

K.Nor said...

cantik tu :)

Ezadlieza said...

K.Nor...tak secantik yg k.nor buat ler...lieza punya ni comot tak semenggah jer rupanya tp sedapppp...