Saturday, October 8, 2011

Puding Pelangi

Baru sampai seru nak buat puding nih...setelah tgk kat dapur Mas Duniaku peh tu jangkit kat Sam My homework...tetiba terasa nak buat walaupun resepi dah lama org cuba dan rata2 mengatakannya amat sedap..lieza baru jer nak buat dan ternyata mmg sedappp...kenapa yer...mungkin letakmentega kot..tp mmg sedap ler..anak2 pun suka ada rasa2 coklat...hmmm nyamannnn...resepi asal dari Alma MyR..terima kasih semua...

RESEPI PUDING PELANGI
Resepi : Alma myresepi
Sumber : Izahdaut dan Kak Nor dan Mas

Bahan :
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok) kak nor letak 100gm je, memang sedang2 elok jerk manisnya
  • 60gm mentega - 30 gm
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair - lieza guna 100ml air + 2 sb susu tepung
  • 1 sudu makan serbuk koko - lieza guna 1/2 sb
  • 1 sudu makan tepung custard -lieza guna 1/2 sb
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya ( kalau nak warna2 lain pun boleh )
#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..



Cara membuatnya :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang @ ape2 bekas puding sedikit ( yg Alma gunakan bekas square 7x7in ). Biar satu hujung tu tinggi ( lapik @ alaskan dngn ape2 untuk tinggikan ).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang @ bekas ( dihujung yg paling rendah tu ler ), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang @ bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....
##Nota sendiri...lieza buat setengah adunan...gula lieza letak 6 sudu besar...dan susu cair lieza gantikan 2 sb susu tepung bancuh dgn 100ml air...sbb 1/2 tin susu cair bersamaan 200ml..

8 comments:

anymz said...

cantiknya pelangi lieza tu..rajin lieza memuding..:))

dZana said...

waaa.. cantiknya lieza.. lagi cantik dak comel yg tido kt bawah tu.. cute sangat.. suke kt pipi2nya yg gebus tu...

Sheery Dream Cakes said...

cantiknya puding pelangi tu... nie pun tergoda dah nie.. tp lom sempat buat lg.. cantik2!

Lieza said...

Kak Anymz...dah lama tak mkn puding tu yg rajin juga nih...terasa teruja jer tgk org punya..

Lieza said...

K.Dzana...hehehe...budak yg tido nih mmg agak berisi sikit dari kakaknya sbb die makan ler juga berbanding kakaknya...

Lieza said...

Diana...Kalau diana buat mesti lg cantik..akak ni keras jer takder seni..hehehe

Unknown said...

sedapnya puding tu kak...lama dah tak buat puding ni.

Lieza said...

Nieza...jom la buat lg puding ni..sedapkan nieza..