Monday, October 17, 2011

Cucur Kebabommmm Manis


Hari ni atau ptg nih...buat cucur bom manis ni...cucur bom manis asalnya angkara Anna Qawinna yg mengwar war kan akan kesedapan dan senangannya..dan ditambah pula kebuktian nya bila Cik adik manis Tun Telani pula yg menggoreng dan diikuti pula seorang pencinta muffin izah daut pula yg membuat bom manis yg pastinya dah meletop dikalangan teman2 sekelian..dan akhirnya lieza pula terpanggil utk membuat bebola yg sempoi ni...ternyata sedappp rangup di luar lembut didalam...kenyang youuu...lieza buat 2 adunan cam izah juga...semua ikut cara izah dan lieza copy pun dari umah izah....

CUCUR BOM MANIS


sumber: annaqawina

Bahan :

1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.


*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua). lieza pun ikut cara ni.


6 comments:

tun_telani said...

waaa... jeles! jeles!! mulat2 omey je jadinyer.. pasni tun pun nk kurangkan air ikut kak izah nyer adunan.. dh habis ke tu kak lieza??

dZana said...

dah tiba musim mengebom pulak .. best ni klau cicah sambal tumis ikan bilis..

Ezadlieza said...

tun...tak der ler molat molat sgt tu...tuan yg buat nya jer yg molat... ada 3 ketoi ni ha tun... meh ler...

Ezadlieza said...

kzana.. anak2 liza cicah dgn sos cili..siap jer terus nak sos...musim bom tak meletopp..

izahdaut said...

ok tak air tu kak lieza? rasanya mcm saya letak kurang sikit ke 250ml atau lebih sikit..tang tang tu la rasanya... sebab ingat2 lupa jugak tu.. tapi mcm kurang lebih gitu la...mulat lawa tu. hehe

Ayu said...

Assalam lieza, wah dah ramai yang mencuba kuih bom manis ni ya..anak2 mesti suka kan lieza..
selalu akak buat gunakan yang instant tu aje..ni dah recipe boleh mencuba kan..