Best ever donut yg pernah lieza buat...ringan cam kapas...gebus dan sedappppp...Mr. Hubby pun kata mcm yg kat kedai bakery....dah lama tgk org buat donut keledek ni yg versi asalnya donut kentang oleh Ros Jintan Manis dan telah diubah suaikan jadi Donut Keledek oleh K.Nor Secubitgaram..dah merata2 juga teman2 bloggers dah cuba..paling tekini pencinta muffin Izah yg juga penggemar donut..mcm2 donut beliau dah try..dek terliur dgn donut izah tu dan dah dinyatakan berkali izah buat dan digemari oleh anak2nya..maka lieza pun terajin nak cuba..hasilnya mmg benar youuuu...gebuuuu dan ringan..ok yer izah akak copy dari dapur izah yer...
RESEPI ASAL: DONUT KENTANG
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam - lieza guna air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
*Izah refer pada resepi ni di atas. Izah gunakan 100gm keledek diblender dengan 80 ml air. Tapi tepung perlu ditambahkan.
##### lieza pun ikut resepi diatasa dgn menggunakan 100gram keledek lebih kurang sebiji yg sedang jer saiznya..tetapi airnya lieza letak sedikit demi sedikit.
##### lieza pun ikut resepi diatasa dgn menggunakan 100gram keledek lebih kurang sebiji yg sedang jer saiznya..tetapi airnya lieza letak sedikit demi sedikit.
RESEPI ADJUST BY KAK nOR
sumber: Kak Nor SGN67
500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur - dipukul sedikit
200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment