Wednesday, September 28, 2011

Bergedil Daging


Hari ni masak sup2 biasa jer...pas tu terpandang kentang yg ada 3 biji...tetiba nak makan bergedil pulak...buat ler dgn 3 biji kentang yg ada tu...resepi ni lieza dah pernah buat dah klik SINI yer resepi dari Diana MyR pastu kat dapur Mas Duniaku pun ada juga buat bebaru nih...tp takper meh lieza copy semula resepinya utk memudahkan sesiapa yg nak cuba...mmg sedap woooo...

Bergedil

Bahan-bahan ( 30 biji ) (lieza buat dpt 14 biji sbb dlm 3-4 biji kentang jer)

  • 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat (lieza buat 3 biji kentang yg sedang2 besarnya)
  • 300 gram daging cincang - lieza letak segenggam jer
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih (Guna 1 biji jer)
  • 3/4 cawan bawang goreng (agak agak)
  • secekak daun sup, dicincang (agak agak juga dlm 5 batang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa

7 comments:

izahdaut said...

saya dah rasa dah cemana kesedapan begedil ni. mmg siok.. hari tu saya pernah buat begedil daging kak hana ada remaph ketumbar ngan jintan sikit. memng sedap.. yg ni pun sedap jugak

tun_telani said...

tun memang hantu bergedill.. tp tun x makan daging. so biasa wat kosong je. kalau rajin sikit baru letak ayam. kalau wat soti tu kan, mmg letak bergedil separuh mangkuk! haha.. tamak kan.. ;p

Anna Qawina said...

sedap nih..makan dhgn kuah sup kan..cicah2 gitu pon sedap..saya pernah wat ikut rsp yg Mas bg tu..

TUN TELANI : akak dok terpk apa bendakah soti itu? adakah singkatan soto + roti = soti?? haha..

tun_telani said...

haipppp.. kak anna ni kan.. wat malu je.. huhu.. SOTO ye..

Ezadlieza said...

Izah...sedap juga yer letak rempah tu yer...nanti akak nak try yg lain pulak...mmg sedap gedil gedil nih..

Ezadlieza said...

Tun...tak sangka tun hantu bergedil..jgn hantu susu or hantu gigi udahhhh..heheheheh...tun tak makan daging yer...rugi tu tun...

psstttt...akak pun nak mkn bergedil dgn SOTI ler..hahahah

Ezadlieza said...

Anna....mmg sedap dimakan begitu saja kan...kalau cicah sambal kicap perghhhh....mkn tak hengat...anna nanti kita cari resepi SOTI yer...heheheh