Thursday, September 29, 2011

Sotong Goreng Tom Yam

Selamat petang semua yer...hari ni menu sotong dan Cendawan Tumis...menu sotong ni lieza cari kat MyR...selidik punya selidik ramai org dan mencuba termasuk ler K.Nor Secubitgaram..lieza juga ketinggalan ketapi kan...takpelah janji menu ni sedapppp dan bole mempelbagaikan resepi utk sotong...tak gitu...

Sotong Goreng Tom Yam
Sumber : MyR dari ekha

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1 inci halia - mayang
  • 5 biji bawang putih - mayang
  • 3 batang serai - ketuk
  • daun limau purut
  • cili api
  • sos tiram
  • kunyit & garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.

1 comment:

Diana @ Melley Mey said...

sedapnya sotong goreng tomyam.. bab2 tomyam nie diana mmg x tolak.. hehehehe