Tuesday, August 16, 2011

Pecal oh Pecal



Mengidam Pecal buat ler Pecal nih...sedapppp wooooo buat pedas2 mmg berapi2 mulut...sayur sayurnya ikut suka ler nak makan sayaur apa kan...tp kali ni lieza celur kangkung..taugeh..kacang panjang..goreng tempe n tauhu dan tak lupa hirisan timun...resepi ni lieza ambil dari Fidadaud MyR tp seperti biasa ler kadar byknya bahan2 tu lieza tak ikut sepenuhnya...byk tu wooo..jd lieza agak2 nya bahan2nya itu....ok la jom tgk resepi fidadaud nih..

Bahan-bahan ( Boleh dimakan untuk seisi keluarga )

  • 300 gm kacang tanah
  • 10 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 6 biji cekur @ kencur
  • 30 gm asam jawa
  • 1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
  • 100 gm cili api
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu
  2. Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  3. Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  4. Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  5. Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  6. Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  7. Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  8. TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.
### utk sekali makan lieza skip cara2 yg ke 4 tu dan seterusnya..dimana lieza blend kacang dan bahan2 yg digoreng tu sekali dan campur air masak sedikit..dan juga pati asam jawa..gula dan garam..blend sampai halus..kalau pekat bole tambah air panas sikit..
ni kes nak cpt dan utk sekali makan jer.

4 comments:

tun_telani said...

uwahhhhhh~~~~~~ nk mkn pecal jugakkk!!!!!!! tun dh lama duk teringin nih, tp xtau laa nk cekup cekur tu kat mana.

izahdaut said...

kak liezaaaa.. balik kampung nak cari kuah pecal jugaakkkk...hehe..kuah pecal segera org kampung buat.. bestt

Ezadlieza said...

Tun...bole skip jer cekur tu tun...tak letak pun takper..

Ezadlieza said...

Izah...
betul izahhhh....pecal segera org kampung mmg sedap kan...powerrrr.