Sunday, August 14, 2011

Koktail Custard Istimewa



Dah lama nak koktail2 camni..tp memandang nak makannya 2 org jer jd biar dulu ler...kebetulan semalam teman2 Mr. Hubby join berbuka puasa, lieza buat ler koktail ni...lieza tgk mcm2 cara dan pelbagai resepi utk koktail2 ni..salah satunya resepi ni yg lieza ambik dari dapur K.Nor Secubitgaram resepi asal dariMrs Shieza MyR...psssttt skrg puding keluaran dari K.Nor iaitu Puding Tauhunya itu tgh hangat dan dah femes wooooo....niat dihati nak cuba juga nih...asyik ternampak2 jer...tp bila tu lieza...takpe2 lieza nak link resepi dari umah K.Nor nih..supaya nanti lieza senang nak cari....bole yer k.nor...LINK PUDING TAUHU

KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
resipi :Mrs Shieza MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak

utk kuah custard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla
~ k.nor letak 1 sudu jer

Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi
## utk koktail ni lieza hanya menggunakan buah buahan dlm tin jer



Gambo kat bawah ni..inilah teruna2 yg berbuka puasa bersama lieza dan Mr. Hubby semalam...bujang n available..heheheh


2 comments:

K.Nor said...

camana, dia org suka tak koktel tu lieza :)

Ezadlieza said...

suka sgt k.nor... tuan umah mkn pun tak hengat....