Siapppp...biskut ke 3 lieza Biskut Coklat Chip Puan Nor Azmihah nun jauh dipantai timur...sedap tauuuu.....ni kiranya kali ke 2 lieza buat, anak2 pun mmg suka sgt....seperti kata K.Nor lagi lama kita bakar lagi rangup tp jgn ler sampai hangus giler yer...agak2 ler...
Resepi ni lieza pernah buat dulu klik SINI yer...tp takpelah kot2 ada yg nak buat tp maleh nak selak2 jom lieza copykan semula yer....
BISKUT COKLAT CHIPS
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips - lebihkan sikit
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang - tak letak
#### Kalau dulu lieza guna tepung gandum + 1 tsp baking powder tp kali ni lieza betul2 ikut resepi K.nor menggunakan tepung naik sendiri hasilnya mmg ada perbezaannya..kali ni rasanya lebih rangup dan ringan..next time kalau buat lg lieza tetap akan menggunakan tepung naik sendiri..
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips - lebihkan sikit
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang - tak letak
#### Kalau dulu lieza guna tepung gandum + 1 tsp baking powder tp kali ni lieza betul2 ikut resepi K.nor menggunakan tepung naik sendiri hasilnya mmg ada perbezaannya..kali ni rasanya lebih rangup dan ringan..next time kalau buat lg lieza tetap akan menggunakan tepung naik sendiri..
Cara-cara
- Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
- Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
- Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
3 comments:
kak lieza.. semalam baru je tun komen n3 lontong tuu.. arini buka dh berderet biskut raya.. dasyat2.. 2-3 aritu busy sket sbb wiken wat majlis buka puasa kt umah, masak sendiri tu yg x kelam kabut sket tu. pastu pulun siapkan keje sekolah pulak. semlm baru laa sempat wat biskut raya. siang2 ni malas pulak nk membaking sebab suka makan sambil2 baking. hehe... mlm ni nk wat projek choc chip cookies jugak ^^
Tun...rajinnya buat majlis buka puasa kat umah..pastu masak sesorang lak tu...tabik spring ler kat tun nih...akak ni buat biskut tu aje ler kot tak byk jenis pun...mlm ni buat yer biskut coklat cip nih mmg sedap...bakar sampai brown nanti rangup sgt2.
wah!dah buat dah choc chip ya..anak2 akak dah mula bising bila nak buat?..bila nak buat?..
akak kata tggu mlm raya.kalau tidak korang je yg bagi perabih..tetamu tinggal tgk balang je..hehe
Post a Comment