Wednesday, June 15, 2011

Yee Mee Kantonis

Menu mlm ni buat Yee Mee Kantonis pulak ..slalu buat sizzling mee kan...sesekali ubah pulak...memandang Mr. Hubby takder jadi lieza buat sikit jer, anak2 makan bubur nasi ayam..tapi Enas nih akalu nampak mee yg berkuah gini mula ler dia nak juga..ingatkan dah kenyang sbb die makan bubur nasi tu bykkkk...tp berminat lak nak makan yee mee kantonis..sekali suap pas tu 2 kali suap lelama lieza pun tak sampai hati nak makan..suap jer ler die...sampai habis...sedap katanya yee mee kantonis nih...Enas enas..
Resepi ni lieza rujuk kat Dapur K.Madiha Fotopages .
Jadi lieza copy juga utk simpanan dan rujukan kemudian hari..thanks k.madiha...opppss lupa pulak sayur syaurran tu lieza letak apa yg ada jer begitu juga bahan2 lain..janji bahan utama ada.

Bahan-bahan


4 keping yee mee (pastikan yg halal )
200 gm udang basah ~ kopek kulit (aku bubuh lebih sebab ayam takde)
250 gm isi ayam ~ dihiris (takde stok.. so tak bubuh)
3 keping fish cake ~ hiris
5 ulas bwg putih ~ diketuk lalu dicincang halus
1 cm halia muda ~ hiris halus memanjang
2 pokok sawi ~ (aku ganti dgn sayur kangkung, kobis & jagung muda )
½ cawan tepung jagung ~ bancuh dengan air
4 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
minyak utk goreng yee mee
garam secukup rasa
lada sulah secukupnya
1 cawan air rebusan ayam (aku ganti dengan 1 sudu kecil serbuk pati ayam) - sama ler dgn lieza
2 biji cili hijau / cili jeruk secukupnya
air secukupnya untuk mendapatkan kuahnya. (agak2 je ni.. tak sukat pun.. tengok pekat kuah yg kita nak)

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali (sederhana byk) dan gorengkan yee mee hingga garing kedua2 belah lalu ditos & angkat. Goreng ke semua 4 keping tadi satu persatu. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu minyak biasa & 2 sudu minyak bijan dlm kuali yg lain. Tumiskan bawang putih & halia hingga agak garing (jgn sampai jd coklat tua) lalu masukkan isi ayam, udang & fish cake. Masukkan air rebusan ayam (aku masukkan air biasa & serbuk pati ayam).
3. Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa sambil dikacau2 agar tepung tak bergentel. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran2 tadi dan biar seketika hingga sayur layu. Kalau rasa kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi. Biar mendidih.
5. Akhir sekali masukkan telur dlm seminit tutupkan api lalu dikacau2 sedikit.
6. Tuang kuah ke atas yee mee yg digoreng tadi lalu taburkan dengan cili jeruk atau cili hijau dan nikmati hidangan ini panas2.


3 comments:

tun_telani said...

waahh... xpenah makan pun nih...
arini mr hubby tun pun xde, kursus.. seharian mkn bubur.. hihi..

izahdaut said...

dah kenyang makan kaswi, nak sepinggn me kantonis lak ye.. boleh aaaa

Nieza said...

sedapnya mee tu kak...nieza pun suka mkn mee-mee cam ni...:)