Monday, June 20, 2011

Makaroni Goreng Pedas Berempah

Hari ni lieza lunch dgn Makaroni Goreng Pedas Berempah resepi K.Nor Secubit Garam..lama tak lunch food yg mcm gini...asik2 nasi jer..jemu ler juga...sekali lieza uji test dan try resepi yg menggunakan rempah cajun....bukan makjun yer...mmgggggg sedap bagai dikata K.Nor...wooooo.....mmg ada kelainan ler bila menggunakan rempah CAJUN nih...kalau nak tau apa itu rempah cajun jom ler ziarah dapur K.Nor Secubit Garam nih..siap ada gambo rempah cajun tu..nak tgk klik ni ha CAJUN

Pstttttt..K.nor lieza copy respi ni yer...terima kasih manyak2 k.nor...sudi share resepi nya nih...

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.

4 comments:

izahdaut said...

nak beli cajun.. nak beli cajun.. nak beli cajun... nak beli cajun...muekekee

tun_telani said...

hahahaha.. sian pulak kt kak izah.. nnti tun gi cari jugak cajun tu.. mcm x penah nmpk..

Ezadlieza said...

Izahhhh....dah ke jumpa cajun tu...

Ezadlieza said...

Tun...cuba cari kat supermarket yg besar sikit mungkin ada..