Monday, June 13, 2011

Lepat Pisang

Dah lama tekak ni nak makan lepat pisang hasil air tangan sendiri....ni gara2 Mdam Anna Qawinna yg dok buat sampai dah 2 kali..lepat pisang nih...sedap katanya...lagi ler meleleh air liur..sbb lieza ni mmg penggemar pak lepat..tak kira ler...labu ker..pisang ker ubi ke..asalnya namanya pak lepat..oppps bukan pak lebai yer...baca betul betul..hehehhe...terima kasih kat Anna sbb berkongsikan resepi lepat pisang yg sedap nih...resepi asal dari Ms Jintan tu..sapa lagi kalu bukan Ros JintanManis..Anna akak copy letak sini lak yer....sedap sungguh lepat bertepung beras nih...


RESEPI LEPAT PISANG
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahannya - *Ana gandakan bahan2
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye

Cara-caranya
  • Panaskan pengukus,
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati,
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas,
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

4 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam
sdp ni lepat pisang mmg suka sagat kuih2 yg berasaskan pisang..lama pulak x mkn..ada legi ke

Ezadlieza said...

salam sheila...alamak baru jer abihh nih..mmg sedap ler lepat nih...sukerrrr...hehehe

Anna Qawina said...

huuu..kak..mintak daun pisang ada lebih x? nak buat juga...hihi..sedap kan? saya pon heran tau bila buat kuih ni anak2 say suka lak..sbb bdk2 ni memilih sikit bab kuih muih..hehe...meh bagi 2 ketol..

Nieza said...

sedapnya lepat pisang kak...lama tak makan ni yg terliur dah ni...daun pisang sini mahal la...tapi nk mkn punya pasal kena beli jugalah daun tu..hehe