Monday, June 13, 2011

Gulai Lemak Pucuk Paku Telur Asin

Semalam lieza masak pucuk paku bertolor asin..kiranya ini ler pertama kali masak lemak pucuk paku..biasanya lieza tumis2 goreng belacan jer..tp tgk kat dapur Norma Cendana Kasih ni nampak..teringin pulak...lalu lieza pun main ler masak2 utk menyiapkan lemak pucuk paku..alhamdulillah siap dan kenyang..yg penting sedappp...tak gitu..jom intai resepi norma nih...

Bahan
1 ikat pucuk paku
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
sedikit udang kering

1 bijik telur asin

bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali telur asin, santan pekat dan masakkan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur asin ke dalam kuah. Tunggu sekejap hingga telur masak. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih

2 comments:

tun_telani said...

sedap! sedapp!! kalau masak lemak pucuk paku ni, mmg xkan cukup kalau semangkuk je.. hihi... xpenah letak telur asin masa msk pucuk paku, mesti lg sedapkn..

Ezadlieza said...

Tun
Sedap tun..pastu ada serebeh2 telur masin tu melekat lekat kat pucuk paku tuh..akak terbayang2 lak...hushhhh..