Monday, February 21, 2011

Tempe Goreng Belacan Berapi Kakbesah

Salah satu menu lieza hari ni resepi sumbangan KakBesah MyR...mmg berasap weiii...sampai la ni perut ku masih terasa paneh didalam...terima kasih kak besah..lieza nak tepek resepi ni yer kakbesah..lieza suka sgt..lebih2 lg yg pedas berapi peh tu tempe...perghhh..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 3 bungkus tempe( jika dibungkus daun 5 kpg)
  • 7 biji bawang merah, *
  • 5 ulas bawang putih,*
  • 1 cm halia muda, *
  • segenggam cili api kampung,(ikut selera masing2) *
  • 2cm persegi belacan, *
  • segenggam ikan bilis - * kesemuanya di tumbuk kasar.
  • minyak utk menggoreng,
  • 1 sudu makan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
  • 2 biji kentang dipotong nipis - yg ni ieza tambah..kiranya derhaka sikit ler

Cara-cara

  1. tempe dipotong dadu 1.5 cm persegi. panaskan 2 senduk minyak & goreng tempe hingga garing -dan juga kentang -ketepikan.
  2. kurangkan minyak menjadi 1 senduk & tumis bahan2 yg ditumbuk, masukkan belacan tumis hingga wangi & garing. masukkan air asam,gula & garam.suaikan rasanya sambil dikacau sebati hingga kering.boleh lh diangkat.
  3. sedap dimakan bersama nasi putih, digulung dlm roti,lempeng, capati...

2 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
mak ai panjangnya tajuk dia. molotup ke tak?

Ezadlieza said...

w'salam k.sam..
k.sam molotup betul k.sam...nak pecah porut nih...tu sbb ler panjang tajuknya..sbb paneh perut berpanjangan..heheheh