Friday, February 18, 2011

Nasi Air Siam


Alhamdulillah hari ni selesai la sudah tugas menghantar dan mengambil Enas pergi dan balik dari tadika...bukan apa..dah lama benor tak memandu..almaklum ler anak2 breastfeed ni susah sikit..mana idaknya kete baru gerak tak sampai 5 minit dah nak bergayut..kan parah tu..dah jadi kebiasaan Muaz dok kat riba tp bila Ibu yg memandu die kena dok pulak kat carseat tu...haaa rasakan....bising juga ler die, nasib tak jauh sgt jarak rumah dgn tadika Enas...kalau tidak maunya Muaz melolong lolong...
Hmmm hari ni masih lg bertemankan anak2 jer...lieza masak menu yg simple yg boleh dimakan bersama anak2..Nasi Air Siam yg lieza tgk resepi kat MyR resepi sumbangan Siti Azma tekan mouse anda di SINI yer kalau nak tgk resepi asalnya di MyR, ramai yg dah mencuba cuma lieza baru nak try...btw sedap sampai berasap telinga nih...dgn itu lieza nak copy juga resepi nih...jom layan.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa
  • BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

  1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
  2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
  4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
  5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
  6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
  7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!
##Lieza tambah telur masin dan kcang tanah...nikmat lagi terasa..sambil lupa diri jap makan

4 comments:

Ayu said...

sedap ni lieza..akak suka..

izahdaut said...

cam bubur pun ada ek...wah sedap tu bila nampak dagig tuuu

Nieza said...

sedapnya kak....terasa lapar lak mlm2 singgah sini..hehe

Ezadlieza said...

K.ayu..mmg sedap kak..naknya ada telur masin...uishh

Izah..aah lebih kurang cam bubur ler juga..

Nieza...alaaa nieza singgah tak ckp ler...kalu tidak akak tinggal kan semangkuk...hehehe