Tuesday, February 8, 2011

Ikan Kembung Bersos Asam Jawa

Arghhhhh..nak masak apa yer hari ni...buat BW....jumpa resepi nih...Ikan Siakap Bersos Asam Jawa..tapi memandang lieza ada ikan kembung....maka bertukar ler ia jadi Ikan Kembong Bersos Asam Jawa...

Resepi ni lieza dapat hasil dari blog walking kat dapur Kak Ummi Kuantan...resepi asalnya dari Leen Cetusan Selera..Sedappppppp...so Kak Ummi lieza nak copy resepi ni semula utk lieza share dgn kengkawan yg lain.



SIAKAP BERSOS ASAM JAWA
Sumber: Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Siakap - Lieza guna ikan kembung
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. kan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...
## lieza tambah beberapa biji tomato

2 comments:

Nieza said...

assalam kak..wah sedapnya nengok menu akak ni...kalau tau tadi singgah sini jer mkn...ekekeke

Ezadlieza said...

w'salam nieza..alahhh nape tak singgah jer...alamak....takpe esok nieza singgah awal yer..hehehe