Tuesday, February 22, 2011

Ikan Kembung 3 Rasa


Kalau ikan keli dibakar..ikan kembung ni lieza masak 3 rasa pulak..menu yg pedas dan sgt sedap..tp dari ikan siakap lieza buar magic jadi ikan kembung...dari kukus..lieza pula goreng ikut k.nor...aci tak K.Nor...? hehehe...resepi ni lieza dapat bila lieza punggah2 dapur K.Nor Secubit Garam yg resepi asalnya dari Chef selebriti Chef Norzailina..

Terima kasih K.Nor kerna sudi berkongsi apa saja menu yg K.Nor dah try...muahhhh...hmmm lieza copy yer yer yer....

SIAKAP STIM 3 RASA by Norzailina Nordin
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm - lieza tukar ikan kembung
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis) lieza guna bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum - kalau takder bole ganti sos ikan cam k.nor
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.(lieza goreng ikan kembung)
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

## K.Nor skip bab mengukus tu sbb kali ni K.Nor buat versi goreng. Jadi lumurkan garam dan serbuk kunyit jer pada ikan dan goreng hingga - sama ler dgn lieza

5 comments:

izahdaut said...

Nak masak cam ni jugak la. Siakapmtengah tunggu nak dmasak.
Mekasih kak lieza

K.Nor said...

sedap kan lieza.. ni mmg menu top list k.nor.. tak jemu makan :)

Ezadlieza said...

Izah...buat izah jgn tak buat...nanti siakap tu kena tangkapkalau tak buat2...tak rugi buat mmg sedap lah...

K.Nor...Mmg sedap..sampai la ni masih lieza terasa k.nor...betul la bagai dikata..

Rosilah Anne said...

maaf saya baru nak belajar..camb dan camt tu ape maksudnya?tq

Ezadlieza said...

Sis Rosilah...
Sorry baru perasan komen ni...
camb - camca besar
camt - camca teh